TERMA & SYARAT PROMOSI MERDEKA BOSS SEVEN

  1. Tempoh Promosi
    Promosi ini sah dari 20 Ogos 2024 hingga 31 Oktober 2024 sahaja. Sebarang pembelian atau tempahan selepas tempoh ini tidak layak untuk rebat promosi.
  2. Kelayakan Rebat

    • Rebat hanya diberikan kepada pelanggan yang membuat pembelian dalam tempoh promosi dan membuat deposit yang sah.
    • Rebat adalah terhad kepada projek kediaman sahaja yang merangkumi produk seperti Wall Panel, Divider, Neighbourhood Panel, Mihrab Mini, Cabinet Door, Staircase Railling, Ceilling Panel, Barn Door, dan AC Enclosure.
    • Projek yang melibatkan gabungan produk dalam satu kuotasi layak untuk rebat berdasarkan jumlah keseluruhan pembelian.
  3. Jumlah Rebat

    • Belanja RM 2,000 – RM 4,999: Rebat RM 310
    • Belanja RM 5,000 – RM 7,999: Rebat RM 610
    • Belanja RM 8,000 – RM 10,999: Rebat RM 910
  4. Cara Rebat Diberikan

    • Rebat akan diberikan dalam bentuk diskaun pada jumlah akhir yang perlu dibayar oleh pelanggan.
    • Rebat hanya boleh digunakan sekali bagi setiap transaksi dan tidak boleh ditukar ganti dengan wang tunai atau bentuk rebat lain.
  5. Projek Custom

    • Pelanggan yang memilih untuk custom produk masih layak untuk rebat, tertakluk kepada jumlah pembelian minimum yang dinyatakan.
    • Rekaan custom perlu mendapat kelulusan daripada Boss Seven Engineering sebelum rebat diberikan.
  6. Pembatalan dan Pemulangan

    • Jika projek dibatalkan oleh pelanggan, rebat tidak akan diberikan, dan deposit tidak akan dikembalikan kecuali atas budi bicara Boss Seven Engineering.
    • Tiada pemulangan atau pertukaran dibenarkan untuk produk custom yang telah diluluskan dan dalam proses pembuatan.
  7. Pengecualian

    • Promosi ini tidak sah dengan sebarang promosi lain yang sedang berjalan atau akan datang.
    • Rebat tidak boleh digunakan untuk projek Commerical Building, Masjid & Surau atau Landscape.
  8. Hak Perubahan

    • Boss Seven Engineering Sdn Bhd berhak untuk mengubah, meminda, atau menamatkan promosi ini tanpa notis awal.
    • Sebarang keputusan oleh pihak syarikat adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.
  9. Tanggungjawab Pelanggan

    • Pelanggan bertanggungjawab untuk memastikan maklumat tempahan adalah tepat dan betul. Sebarang perubahan pada tempahan selepas pembayaran deposit mungkin dikenakan caj tambahan.

Dengan memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat ini, pelanggan layak untuk menikmati rebat istimewa dalam Promosi Merdeka ini. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami atau lawati laman web rasmi Boss Seven Engineering Sdn Bhd.