Promosi Merdeka 2024 : Rebat Istimewa dari Boss Seven 😱✨ 

Hari Kemerdekaan bukan hanya masa untuk mengenang sejarah, tetapi juga peluang untuk kita semua menyemarakkan semangat kebersamaan. Dalam semangat inilah, Boss Seven Engineering Sdn Bhd dengan bangganya mempersembahkan Promosi Merdeka 2024 — satu peluang istimewa untuk memperindah kediaman anda sambil menikmati penjimatan hebat.

Jadi, Apa yang menarik tentang promosi ini?

Promosi ini direka khas untuk pelanggan yang ingin melakukan renovasi atau peningkatan pada rumah mereka. Sama ada anda sedang mempertimbangkan untuk memasang Wall Panel, Divider, Neighbourhood Panel, Mini Mihrab, Pintu Kabinet, Staircase Railling, Ceiling Panel, Barn Door, AC Enclosure atau apa-apa projek kustom berkaitan dengan Residential. Promosi ini menyediakan rebat yang menarik berdasarkan jumlah perbelanjaan anda.

Butiran Promosi

Promosi Merdeka ini berlangsung dari 20 Ogos 2024 hingga 31 Oktober 2024 menjadikannya peluang yang ideal untuk anda memanfaatkan rebat eksklusif kami.

Tawaran Rebat:

  • Belanja RM 2,000 – RM 4,999: Rebat RM 310 💰
  • Belanja RM 5,000 – RM 7,999: Rebat RM 610 💰💰
  • Belanja RM 8,000 – RM 10,999: Rebat RM 910 💰💰💰

Rebat ini hanya sah untuk projek kediaman yang merangkumi produk-produk seperti yang dinyatakan di atas. Jika anda merancang untuk memadukan lebih dari satu jenis projek dalam satu kuotasi, anda juga layak untuk rebat berdasarkan jumlah keseluruhan projek tersebut.

Contoh: Jika anda membelanjakan RM 2,000 untuk divider dan RM 4,000 untuk panel dinding dalam satu kuotasi, anda layak menerima rebat sebanyak RM 610 untuk jumlah keseluruhan RM 6,000.

Cara untuk Memanfaatkan Promosi Ini

Untuk memanfaatkan promosi ini, pastikan anda membuat deposit dalam tempoh promosi. Rebat akan diterapkan pada deposit tersebut. Promosi ini sah untuk kedua-dua jenis projek iaitu Supply & Install dan Supply Only.

*Projek Tertakluk Terma Dan Syarat

Klik Di Sini 🔗 atau hubungi sales di +60102598057 untuk request projek anda sekarang!

Other Posts